Select Page

Wong Heng Wai rangkul kejuaraan Satelit PSA WSF

Wong Heng Wai rangkul kejuaraan Satelit PSA WSF

PEMAIN skuasy remaja negara merangkul satu kejuaraan di Kejohanan Satelit PSA WSF #1 yang berlangsung di Royal Sungei Ujong Club, Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam acara akhir hari ini, yang menyaksikan pertemuan dua pemain remaja wanita negara, pilihan utama Wong Heng Wai tiada masalah mengatasi Shashmithaa A Nityanandan 11-4, 11-9, 11-7 .

Wong Heng Wai (kanan) muncul juara wanita Kejohanan Satelit #1.

Heng Wai menepati ramalan selaku pilihan utama dan prestasinya di final agak mengejutkan selepas terpaksa bermain lima set di separuh akhir pada Sabtu, ketika mengatasi seorang lagi pemain negara, Whitney Isabelle 10-12, 9-11, 11-7, 11-5, 11-9, berbanding Shashmita yang mudah menewaskan pemain Korea Selatan 3-0.

Hasrat melihat satu lagi kejuaraan menjadi milik pemain remaja lelaki tidak kesampaian apabila Muhammad Amir Amirul Azhar yang diletakkan selaku piluhan utama, tewas kepada pilihan ¾ Korea Selatan, Lee Minwoo.

Muhammad Amir Amirul Azhar tidak mampu mengatasi pemain Korea Selatan, Lee Minwoo di final.

Amir ke final selepas mengatasi seorang lagi pemain Korea, Jeongmin Ryu 7-11, 11-4, 12-10, 11-8, manakala Minwoo menewaskan pemain negara, Harith Danial 11-9, 11-5, 9-11, 11-6.

Minwoo, 21, yang berada di ranking ke-545 bermain lebih kemas dan bertenga untuk mengatasi Amir, 20, yang menghuni ranking ke-249 dunia, dengan kemenangan 11-9, 11-13, 11-4, 11-0.

Video Terkini

Loading...