PERSATUAN Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)  menerima sumbangan pada Majlis Penghargaan & Amal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bersama Media 2024 yang berlangsung dengan penuh meriah.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Na’im Mokhtar, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan kepada Naib Presiden SAM, Hazreen Mubarak.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Datuk (Dr.) Mohd Radzif Mohd Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM, Ameer Ali Vali Mohamed; dan Exco SAM, Rozaidi Zulkifli.

Dua lagi penerima sumbangan ialah Razali dari RTM dan Yusof Ahmad, juga dari RTM.

Sumbangan ini diberikan sebagai sebahagian daripada usaha YAPEIM untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, termasuk 10 ahli SAM yang menerima bantuan pada majlis tersebut.

Majlis ini mencerminkan usaha bersama pelbagai pihak dalam meringankan beban golongan memerlukan, di samping memperkukuh hubungan antara institusi seperti YAPEIM dan media tempatan.