LEE Zii Jia mengakui dirinya masih “berkarat” apabila refleks dan reaksi fizikal agak perlahan menjadi faktor kekalahan di pusingan pertama Terbuka Malaysia 2026.
Bekas juara Asia itu tersingkir awal selepas tunduk 12-21, 17-21 kepada bintang muda India, Ayush Shetty di Axiata Arena, Bukit Jalil.
“Bagi saya macam lambat lah… memang nampak refleks saya masih lagi perlahan,” kata Zii Jia, mengulas persembahannya.

Lee Zii Jia akui belum berada di tahap kecergasan terbaik.
Bagaimanapun, bagi pemain berusia 26 tahun yang tidak beraksi langsung di laman sendiri sepanjang 2025, kekalahan bukan berpunca daripada kecederaan apabila berkata, “Tak ada, memang tak ada,” ketika ditanya soal rasa sakit.
Zii Jia mengakui tahap kecergasannya masih belum memuaskan sambil berkata, “Secara fizikal saya belum 100 peratus cergas lagi dan ada banyak perkara yang perlu diusahakan.”
Beliau turut mendedahkan prestasinya kini hanya sekitar “50 ke 60 peratus,” meskipun sudah mencuba yang terbaik termasuk menukar taktikal pada set kedua.
Begitupun, Zii Jia mengakui sokongan peminat menjadi pengubat: “Mereka masih sangat menyokong saya… itu yang paling penting.”