PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong selepas menewaskan pemain China Zhao Jun peng 21-17, 21-16 di Hong Kong Coliseum pada Rabu.
Ia adalah balas dendam manis buat Zii Jia apabila mengalami kekalahan yang menyakitkan di tangan pemain nombor 31 dunia itu pada pusingan ketiga Kejohanan Dunia tahun lepas di Tokyo.
RESULTS: #HongKongOpen2023
R32#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia def. #CHN🇨🇳 Zhao Jun Peng 21-17 21-16
📷 @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/HI6Mq7SX7Y— BAM (@BA_Malaysia) September 13, 2023
Zii Jia seterusnya akan menentang pemain nombor 37 dunia dari Taiwan Lee Chia-hao untuk tempat ke peringkat lapan terakhir hari ini.
Pemain Taiwan itu, yang dinaikkan pangkat daripada peringkat kelayakan, mengejutkan pilihan utama dan juara Terbuka China yang baru dinobatkan, Viktor Axelsen 21-16, 21-10 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.
Berdasarkan rekod head-to-head, Zii Jia dan Chia-hao ternyata seimbang dengan satu kemenangan masing-masing dalam dua pertemuan terakhir mereka dalam pertandingan antarabangsa senior.