PROGRAM Road To Gold (RTG) membuktikan ketelusan pentadbiran apabila memastikan setiap tawaran penajaan sempena Olimpik Paris 2024 direkodkan secara rasmi bagi melindungi kepentingan komersial atlet negara.

Semua atlet yang berjaya memenuhi kriteria tajaan turut menerima ganjaran mereka tidak lewat daripada tempoh dua bulan selepas temasya berlangsung.

Datuk Stuart Ramalingam menegaskan setiap kebajikan atlet menjadi keutamaan di bawah RTG.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut menyokong kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung isu membabitkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Cheah Liek Hou.

Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan semua kepentingan komersial atlet dipelihara sepanjang kempen Olimpik Paris tahun lalu.

“Kami pastikan setiap tawaran penajaan mempunyai aturan komersial yang sah supaya atlet tidak rugi selepas menunaikan syarat yang ditetapkan, manakala semua pihak memahami hak serta tanggungjawab masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan.