YOUNG Tigers memulakan kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2025 dengan langkah kanan apabila berjaya menumpaskan Austria 5-1 di Stadium Hoki Antarabangsa Madurai, Tamil Nadu.
Cuaca hujan renyai dan sejuk tidak menghalang anak buah Nor Saiful Zaini untuk tampil dengan aksi yang baik menentang pasukan ranking ke-19 dunia itu.
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan corak permainan yang berhati-hati sekaligus menamatkan suku pertama tanpa jaringan.

Malaysia mula mengorak langkah pada suku kedua apabila menjaringkan gol pertama perlawanan hasil pukulan sudut penalti Harris Iskandar pada minit ke-28.
Malaysia lebih ‘mengamuk’ pada babak kedua apabila terus menekan benteng pertahanan Austria.
Adam Asyraf menjaringkan gol padang pada minit ke-47 apabila menerima beliau menerima lorongan bola daripada Naaveennesh Panicker, yang turut menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55 hasil pukulan sudut penalti.

Kapten pasukan, Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar menjaringkan gol padang pada minit ke-56 dan 57.
Austria membolosi gawang Malaysia apabila Julian Kaiser menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-56 namun Young Tigers berjaya menambah dua lagi gol padang oleh kapten pasukan, Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar pada minit ke-56 dan 57.
Kemenangan ini memastikan Malaysia mendapat suntikan moral yang baik bagi menghadapi perlawanan kedua esok menentang pasukan gergasi Eropah, Belanda yang turut mencatat kemenangan hari ini keatas England (5-3).