PASUKAN Chelsea FC menamatkan jelajah pra-musim mereka dengan keputusan 3-3 selepas seri kepada pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim FC.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menemukan dua kelab gergasi dalam saingan liga domestik masing-masing.

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC menurunkan kesebelasan terbaik mereka dengan Arif Aiman Hanapi memimpin pasukan sebagai kapten manakala Chelsea menurunkan skuad muda, dengan Liam Delap, Nicolas Jackson dan Dario Essugo antara pemain senior yang bermain.

Separuh masa pertama menyaksikan The Blues melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap gawang gol Johor Darul Ta’zim FC namun berjaya diselamatkan oleh Syihan Hazmi.

Arif Aiman Hanapi menjaringkan gol pertama buat JDT pada minit ke-14 namun Chelsea kembali bangkit sebelum tamat separuh masa apabila Liam Delap menjaringkan gol pada minit ke-45 hasil sepakan penalti.

Sejurus separuh masa kedua bermula, Chelsea berada di hadapan apabila Liam Delap menjaringkan gol kedua pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti.

Oscar Arribas kemudian menjaringkan gol terbaik pada malam ini apabila sepakan percuma yang diambilnya berjaya membolosi gawang gol JDT pada minit ke-65.

Bergson da Silva kembali meletakkan JDT di hadapan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-86 sebelum Antonio Glauder menjaringkan gol sendiri buat Chelsea.