AIDIL Sholeh mengisytiharkan perang awal apabila berjanji tidak akan “beri muka” kepada Leong Jun Hao dalam pertembungan pusingan pertama Terbuka Australia,minggu hadapan.

Pemain profesional itu melihat penurunan prestasi Jun Hao sebagai peluang terbaik untuk mencipta kejutan besar di Sydney.

Aidil yang memburu ranking 32 terbaik dunia menegaskan fokusnya hanya pada kemenangan, bukan status lawan.

Leong Jun Hao berjaya meningkatkan mutu permainan namun tidak menghasilkan keputisan yang baik.

Bekas rakan sepelatih BAM itu percaya dirinya lebih berkembang sejak setahun keluar daripada skuad negara.

Jun Hao pula dibelenggu badi pusingan pertama dengan 17 kali tumbang awal musim ini.

Sebaliknya, Aidil hadir dengan momentum leboh baik di pentas antarabangsa, muncul juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka; separuh akhir Masters Ruichang, China; serta naib juara Masters Al Ain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Oktober lalu.