PEMILIK kelab AS Roma, Dan dan Ryan Friedkin mengesahkan bahawa Jose Maurinho tidak lagi menguruskan kelab itu.
Mereka turut menyatakan bahawa Maurinho dan barisan kejurulatihannya akan meninggalkan saingan Serie A itu dengan kadar segera.
Difahamkan beberapa jurulatih yang menyusul jejak pengurus pasukan tersebut adalah pembantu jurulatih, Salvatore Foti dan jurulatih penjaga gol, Nuno Santos.
“Kami akan sentiasa mengingati memori indah sepanjang beliau menguruskan pasukan Roma, tetapi kami percaya bahawa perubahan segera ini adalah kepentingan terbaik buat kelab.
“Justeru itu, kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga yang terbaik buat Jose dan pembantu-pembantunya pada masa hadapan,” kenyataan oleh Dan dan Ryan Friedkin yang dikeluarkan dalam laman media sosial.
Untuk rekod, Mourinho telah diperkenalkan sebagai jurulatih ke-60 Giallorossi pada Mei 2021.
Mourinho berjaya membimbing pasukan sehingga ke Kejohanan Liga di Tirana pada 25 Mei 2022, seterusnya ke final Liga Eropah di Budapest musim lalu.