Select Page

Rusuhan bola sepak Indonesia… tunggu apa respon Fifa

Rusuhan bola sepak Indonesia… tunggu apa respon Fifa

BOLA sepak Indonesia berdepan dengan penggantungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) berikutan rusuhan berdarah berlaku selepas tamat perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, dalam aksi Liga 1 Indonesia semalam.

Banyak peraturan dilanggar dalam insiden itu ketika pasukan tuan rumah, Arema FC tewas 2-3 kepada musuh  tradisi di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Sebaik tamat perlawanan, ratusan penyokong Aremania membanjiri padang dan lebih memburukkan suasana apabila penyokong mengasak polis yang cuba menenangkan situasi, hingga berlaku pertembungan antara kedua-duanya.

Keadaan itu memaksa polis melepaskan tembakan air ke satu sudut tribun, menyebabkan ramai penyokong cuba melakrikan diri hingga ada yang dipijak hingga kehilangan nyawa.

 

Menurut Sindonews.com, dikhabarkan pihak berkuasa dalam laporan terbaru hari ini 6 pagi waktu Indonesia Barat, melaporkan 129 orang kehilangan nyawa, manakala 180 lagi dirawat di hospital.

Turut dilaporkan juga, 34 daripadanya meninggal dunia di stadium dan sebahagian lagi menghembus nafas terakhir dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ini adalah insiden “berdarah” paling buruk dialami Indonesia.

Namun yang pasti, kedudukan Indonesia yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 pada tahun hadapan, bakal terancam sekiranya Fifa memutuskan menggantung keanggotan persatuan bola sepak negara itu.

Video Terkini

Loading...