BADI gagal di peringkat separuh akhir beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlerai setelah berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan gandingan India, Chetty Shirag-Satwiksairaj Rankireddy dalam pertarungan rubber set 20-22 21-18 21-16.

Set pertama Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperlihatkan aksi seimbang kedua-dua pasangan namun kelebihan sedikit memihak gandingan India dengan kemenangan 22-20.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kembali mendapat rentak di set kedua setelah mendengar arahan jurulatih untuk tampil lebih agresif sekaligus berjaya menang 21-18.

Set ketiga begitu mendebarkan kerana aksi kedua-dua pasangan sudah dapat dibaca pemain menyebabkan pungutan mata silih berganti bagi gandingan negara dan India.

Namun, pungutan mata pasangan India terhenti mata ke-16 kerana Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempelbagaikan variasi pukulannya dengan pukulan pancung dan beberapa lucky net shot untuk meraih mata 21-16.

Jika diteliti, fokus Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga sedikit terganggu tatkala servis dimulakan pemain India, Chirag Shetty kerana menggunakan gaya agak unik dengan menghayunkan raket ke kiri dan ke kanan sebelum melakukan servis.

Namun, tiada bantahan dibuat Aaron-Wooi Yik terhadap pengadil perlawanan meskipun secara jelas ianya menganggu konsentrasi pemain lawan.

Kali terakhir servis sebegitu dilakukan oleh perseorangan wanita Denmark, Christina Pedersen dan ianya tidak mendapat bantahan dari pengadil mahupun pemain pasukan lawan.

Kejayaan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pentas akhir juga merupakan aksi final sulung untuk pasangan tersebut selepas kali terakhir berjaya dilakukan gandingan sensasi negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pada Kejohanan Badminton Dunia (BWF) 2010.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan di pentas akhir, yang terlebih dahulu menundukkan rakan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Head to head‘ menyaksikan gandingan negara menang tiga kali manakala pasangan Indonesia itu mengatasi gandingan negara sebanyak tujuh kali.

Bagaimanapun, jika diambil kira prestasi semasa dalam dua kejohanan terdekat iaitu Sukan Olimpik 2020 Tokyo dan Terbuka Malaysia 2022, momentum kemenangan dilihat sedikit berpihak kepada gandingan negara apabila berjaya melakar dua kemenangan berturut-turut.