PENYOKONG Chelsea nyata kecewa dengan persembahan terkini kelab London itu dibawah kendalian Graham Potter dan menyorak nama Thomas Tuchel dan Roman Abramovich ketika Chelsea tewas 0-4 kepada Manchester City dalam Piala FA Inggeris.
Hampir 8,000 penyokong di seksyen lawan di Stadium Etihad menyalurkan kemarahan kepada pengendali Inggeris itu selepas The Blues kecundang buat kali kelima dari tujuh perlawanan terakhir.
Dapat didengari laungan “Kami pernah ada Tommy Tuchel” dari tempat duduk penonton serta mereka juga melaungkan nama bekas pemilik, Roman Abramovich dan menganggap aksi Chelsea kali ini sebagai sangat menyedihkan.
Full-time. pic.twitter.com/igumImBOiJ
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 8, 2023
Juga terdengar beberapa jeritan ‘kami dapat buat percubaan’ selepas akhirnya Chelsea berjaya melakukan percubaan ke gawang City yang menyaksikan skuad London itu begitu bergelut untuk mengatasi anak-anak buah Pep Guardiola.
Graham Potter memulakan tugas di Chelsea dengan cemerlang apabila berjaya memenangi lima perlawanan berturut-turut bermula pada Oktober tetapi selepas itu ia menjadi sebaliknya bermula dari kekalahan 1-4 Chelsea kepada bekas kelab Potter, Brighton tiga bulan lalu.
Ini menyebabkan ada segelintir penyokong yang mula membuat perbandingan antaranya dengan bekas-bekas pengurus yang pernah memenangi Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Kelab Dunia untuk kelab Stamford Bridge itu.
“Weve got Super Tommy Tuchel” chants from the away end 💀 pic.twitter.com/XvheKA4oIE
— CarefreeLewisG (@CarefreeLewisG) January 8, 2023
Pada Ahad, skuad kendalian Potter tersingkir dari Piala FA menerusi dua jaringan daripada Riyad Mahrez serta masing-masing satu dari Phil Foden dan juara Piala Dunia, Julian Alvarez.
Chelsea kini hanya merekodkan dua kemenangan dari sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan serta menyaksikan mereka kini di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris.