TIGA gol pada separuh masa pertama membantu Manchester City menumbangkan Aston Villa dalam perlawanan pertama mereka sejak dituduh melakukan lebih 100 pelanggaran peraturan oleh Liga Perdana Inggeris.
Dakwaan itu menjadikan minggu ujian di luar padang untuk juara bertahan tetapi mereka bertindak balas dengan gaya yang mengagumkan dengan beberapa permainan serangan awal yang bertenaga.
Gol-gol tuan rumah dijaringkan Rodri seawal minit ke-4, Gundogan (m-39) dan Mahrez pada masa kecederaan pada babak pertama.
Pelawat memperolehi gol menerusi hasil jaringan Ollie Watkins minit ke-61 untuk mendapatkan jurang namun masih belum cukup untuk menghalang skuad bimbingan Pep Guardiola meraih kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa.

Gundogan menjaringkan gol kedua membantu kemenangan City, 3-1 ke atas Aston Villa.
“Kami tahu masih banyak perlawanan yang perlu diharungi. Ia adalah perlawanan yang besar.
“Mereka (Arsenal) adalah pendahulu dan jika kami mahu berada di sana pada penghujung musim kami perlu menunjukkan kami lebih baik daripada mereka.
“Itu mesti berlaku pada hari Khamis, saya rasa mereka luar biasa musim ini. Kami boleh mengorak langkah ke hadapan dalam perlawanan ini.
“Kami akan ke Emirates untuk bersaing dan menunjukkan versi terbaik Man City,” tegas penjaring gol pertama Rodri menjelang aksi getir menentang Arsenal, Khamis ini.
Kemenangan ini memastikan Man City terus memberi tekanan buat pendahulu liga, Arsenal yang kini hanya tiga mata namun anak didik Mikel Arteta masih memiliki baki satu perlawanan berbanding The Citizens yang sudah beraksi 22 perlawanan.
Pada perlawanan terdahulu, Manchester United turut meraih kemenangan 2-0 selepas menewaskan Leeds United, di Stadium Elland Road.
Gol pelawat dijaringkan Marcus Rashford pada minit ke-80 sebelum pemain gantian, Alejandro Garnacho berjaya menambah gol kedua buat Red Devils pada minit ke-85, sekali gus mengesahkan kemenangan pasukannya.