PENYERANG England, Marcus Rashford terus berbisa ketika Manchester united meraih kemenangan 3-1 ke atas Everton pada pusingan ketiga Piala FA.

United menamakan kesebelasan terkuat pada perlawanan itu, memperoleh jaringan awal apabila penyerang Brazil, Antony berjaya menolak masuk bola hantaran Rashford ke gawang lawan membolehkan tuan tumah mendahului seawal minit keempat.

Conor Coady menjaringkan gol penyamaan buat Everton, namun selepas itu melakukan kesilapan menolak masuk bola hantaran lintang Marcus Rashford ke gawang sendiri.

Everton yang gagal mencapai kemenangan dalam tujuh perlawaan terakhir mereka dalam semua kejohanan sebelum ke Old Trafford, lega seketika apabila Conor Coady menjaringkan gol penyamaan 10 minit kemudian, itupun gara-gara kesilapan penjaga gol United, David de Gea.

United memperoleh beberapa peluang mendahului sebelum Coady tersilap langkah, menolak bola hantaran lintang Rashford, ke gawang sendiri, sekali gus menewaskan penjaga gol Jordan Pickford, membolehkan Red Devils mendahului 2-1 pada minit ke-53.

Marcus Rashford terlibat secara langsung dalam ketiga-tiga gol diperoleh Manchester United ketika menewaskan Everston 3-1 pada aksi pusingan ketiga Piala FA.

Everton hampir menyamakan kedudukan apabila pemain gantian Dominic Calvert-Lewin melakukan jaringan sebelum dibatalkan menerusi video bantuan pengadil VAR yang mendapati dia berada di posisi ofsaid.

Bagi menambah derita Everton, Rashford akhirnya mencatat nama sendiri selaku penjaring pada masa kecederaan apabila menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus menghadiahkan kemenangan ketujuh berturut-turut buat United dalam semua kejohanan.