PEMANDU Ferrari Charles Leclerc mendahului dua pemandu Red Bull, Sergio Perez dan pendahulu keseluruhan Max Verstappen dalam sesi latihan kedua Grand Prix Azerbaijan.

Leclerc mencatat masa terpantas 1m 43.224 saat di Litar Jalanan Baku itu mengatasi Perez 0.248 saat dibelakang dengan Verstappen ketiga ketinggalan 0.356 saat.

Fernando Alonso membawa jentera Alpine di tempat keempat manakala teman sepasukan Leclerc, Carlos Sainz kelima dengan Pierre Gasly keenam manakala temannya Yuki Tsunoda kelapan.

George Russell pula di tempat ketujuh dengan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton sekadar di tangga ke-12. Esteban Ocon mencatat masa kesembilan terpantas dihadapan Lando Norris yang melengkapkan 10 pelumba terpantas.

Grand Prix kali kelima di Azerbaijan ini pastinya menjanjikan satu perlumbaan yang hebat dan sesi kelayakan esok akan menjadi tumpuan dengan Sergio Perez yang turut mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas pertama ingin mempertahankan kejuaraannya tahun lalu.

Keputusan Sesi Latihan Bebas Kedua Grand Prix Azerbaijan (10 teratas):

1 Charles Leclerc – Ferrari

2 Sergio Perez – Red Bull

3 Max Verstappen – Red Bull

4 Fernando Alonso – Alpine

5 Carlos Sainz – Ferrari

6 Pierre Gasly – Alpha Tauri

7 George Russell – Mercedes

8 Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

9 Esteban Ocon – Alpine

10 Lando Norris – McLaren