FOOTBALL 7 Malaysia memperkenalkan Liga 7 Sebelah Peringkat Negeri sebagai inisiatif memperkasakan bola sepak akar umbi dan membuka ruang lebih luas kepada pemain yang tidak berada dalam arus perdana pembangunan.

Menurut Pengarah Urusan Sena Football Sentral, Dr (H)M Pala, juara setiap negeri bakal mewakili Malaysia ke Asia 7 Championship.

Sebelum ini malaysia menjadi tuan rumah bagi kejohanan peringta Asia dan pemain-pemain yang mewakili negara terdiri daripada campuran bekas pemain kebangsaan dan pemain-pemain piala MFL dan MPFL

Format ini, katanya, sudah lama hidup dalam komuniti  dari taman perumahan hingga kampung namun sering dipandang sepi dan pernah dianggap ‘liga haram’.

“Ramai pemain profesional negara bermula dari bola 7 sebelah, tapi tiada kesinambungan. Selepas satu karnival atau kejohanan, pemain tiada hala tuju dan akhirnya berhenti bermain secara kompetitif,” jelasnya kepada Flash Sukan.

Padang kecil yang banyak terdapat di utara dan timur Malaysia antara faktor format ini sangat sesuai dikembangkan, malah di Kedah sahaja terdapat lebih 50 penganjuran liga 7 sebelah setiap tahun.

logo Football 7

Dr Pala turut menegaskan bahawa konsep padat dan ringkas bola sepak 7 sangat selari dengan gaya hidup moden pemain masih boleh bekerja sepenuh masa sambil menyertai liga secara serius.

Dengan hanya 10-20 pemain akar umbi berjaya ke liga profesional daripada lebih 100,000 bakat dalam sistem pembangunan, liga ini hadir sebagai penyelesaian jurang besar yang wujud dalam ekosistem bola sepak negara.

Berbanding liga 11 sebelah dan futsal yang terhad, bola sepak 7 sebelah berpotensi menjadi lebih inklusif, mampan dan ‘merakyat’ jika dibangunkan secara sistematik.

Football 7 Malaysia percaya ini adalah langkah pertama ke arah perubahan budaya bola sepak negara dari akar umbi ke nasional dan membuka peluang kedua buat mereka yang masih dahagakan pentas persaingan.