JURULATIH beregu negara, Rexy Mainaky  menegaskan pemain-pemainnya tidak pernah memandang rendah keupayaan pemain India. 

Menurutnya, pasukan Piala Thomas negara mempunyai peluang sama rata untuk menang ataupun tewas ketika bertemu India.

Rexy juga menjelaskan India mempunyai tiga atau empat pemain perseorangan yang baik manakala pasukan negara mempunyai dua perseorangan yang masih tidak berada dalam prestasi terbaik.

“Saya tidak rasa pemain memandang rendah keupayaan pasukan India. Kita boleh mengalahkan India , juga kita boleh kalah kepada India.

Leong Jun Hao tewas kepada pemain India, Prannoy.

“Mereka ada empat atau tiga perseorangan sementara kita ada dua yang tidak berapa kuat.

“Beregu pertama kadang kala kita menang kadang kala kita kalah kepada mereka. Persoalannya adalah siapa yang boleh meresap tekanan?,” jelasnya kepada media.

Bagi Rexy, pemain muda seperti  Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao mengenali  lawannya, Srikanth Kidambi dan juga  Prannoy  dengan cukup baik.

Meskipun kedua-dua perseorangan India itu baharu sahaja pulih daripada kecederaan, namun pengalaman menjadi pemisah antara Malaysia dan India pada perlawanan semalam.

Kekalahan semalam (Khamis) juga menyaksikan Malaysia tersingkir daripada kejohanan Piala Thomas peringkat suku akhir kepada pasukan India, yang tidak diletakkan sebarang harapan membuat kejutan menewaskan pasukan negara yang sebelum ini telah berkira-kira untuk membuat perhitungan di separuh akhir.