JUARA Piala Dunia FIFA 2026 bakal membawa pulang ganjaran lumayan sebanyak RM 204 juta, susulan pengumuman FIFA mengenai sumbangan kewangan terbesar dalam sejarah kejohanan berprestij itu.
Secara keseluruhan, FIFA akan mengagihkan RM 2.9 bilion kepada Persatuan Bola Sepak Ahli yang layak bertanding dengan RM 2.7 bilion diperuntukkan khusus sebagai wang hadiah kepada 48 pasukan yang mengambil bahagian selaras dengan format baharu Piala Dunia 2026.
Naib juara pula bakal menerima RM 134 juta, manakala pasukan tempat ketiga dan keempat masing-masing memperoleh RM 119 juta dan RM 110 juta. Pasukan di kedudukan kelima hingga kelapan akan menerima RM 78 juta setiap satu, sementara pasukan di kedudukan kesembilan hingga ke-16 membawa pulang RM 61 juta.
Bagi pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan 17 hingga 32, ganjaran sebanyak RM 44 juta menanti, manakala pasukan di kedudukan 33 hingga 48 tetap menerima RM 37 juta, memastikan semua pasukan menikmati pulangan yang lumayan.
Selain wang hadiah, setiap pasukan yang layak turut menerima RM 6 juta bagi menampung kos persiapan, menjamin setiap Persatuan Ahli sekurang-kurangnya RM 43 juta.
Jumlah keseluruhan agihan ini mencatat peningkatan 50 peratus berbanding Piala Dunia FIFA 2022™, mencerminkan komitmen FIFA untuk terus memperkukuh pembangunan bola sepak di peringkat global.
Kredit Gambar : Fifa.com