PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang ke-26 di Jeddah, Arab Saudi, pada Ahad.

Hamidin yang juga ahli majlis FIFA berkata, mesyuarat itu seiring dengan perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA 2023 yang turut berlangsung di Jeddah.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.

“Mesyuarat ahli majlis berlangsung dengan sangat efektif dan produktif yang mana kita memutuskan perkara penting dalam bola sepak belia dan juga rangka kerja latihan bola sepak pembangunan wanita,” katanya menerusi Facebook FAM.

Antara butiran penting lain yang diputuskan ahli majlis semalam ialah mengesahkan Piala Dunia Kelab FIFA ini akan dikenali sebagai Mundial de Clubes FIFA dan menampilkan kelab dari setiap enam konfederasi – Afrika, Asia, Eropah, Amerika Utara dan Tengah, Caribbean, Amerika Selatan serta Oceania.

May be an image of 2 people, newsroom and text

Perubahan ini bermula secara efektif pada 2025 yang menyaksikan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah.

Selain itu, ahli majlis juga memutuskan Chile akan menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia B-20 2025 manakala Poland akan menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia Wanita B-20 2026.

May be an image of 2 people, dais and text