BERITA penarikan diri jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, ekoran kecederaan serius di bahagian pinggul dan kaki kiri turut mendapatkan perhatian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hannah menerusi ciapan di platform X mendoakan kesihatan yang baik-baik buat Azizulhasni dan berharap beliau segera sembuh.
“Semoga cepat sembuh Datuk Azizulhasni. Kami menumpukan perhatian pada Paris 2024. Yang paling penting, kecederaaan sekarang tidak bertambah teruk. Cepat sembuh dan semoga anda kembali ke prestasi terbaik,” ciapnya pada Rabu.
Semoga cepat sembuh Datuk @AzizulAWANG. We set our eyes on Paris 2024. Yang paling penting, kecederaaan sekarang tidak bertambah teruk. Feel better soon and may you return to top form. Be at peace with yourself.
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) September 20, 2023
Semalam, Azizulhasni yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman telah mengumumkan keputusan yang berat itu dalam satu sidang media khas di Majlis Sukan Negara (MSN).
Pelumba dari Dungun yang menjadi harapan negara untuk merebut pingat emas dalam dua kategori acara iaitu keirin dan pecut individu bagaimanapun terpaksa akur akan kemalangan yang menimpa nasibnya kali ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Tiada rezeki Azizulhasni ke Sukan Asia Hangzhou