CABARAN skuad badminton negara di suku akhir Terbuka Korea, kini disandarkan ke bahu dua beregu campuran profesional, selepas semua pemain kandas di pusingan kedua.
Memimpin cabaran, tentunya gandingan berpengalaman Goh Soon Huat-Shevon Lai di susuli Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien.

Soon Huat-Shevon ke suku akhir setelah mengalahkan pasangan China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 21-16, 21-13 dalam masa 31 minit namun cabaran getor menanti, pasangan nombor 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin (China) menjadi tentangan esok.
Sementara Tien Ci-Chiew Sien pula menjinakkan pasangan tuan rumah, lee Jong Min-Chae Yu Jung 9-21, 21-15, 21-17 untuk menempah slot suku akhir menentang Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark.

Sementara Choong Hon Jian-Haikal Nazri tersingkir di pusingan kedua apabila tunduk 17-21, 11-21 kepada pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Hugo Kobayashi.
Turut tersingkir, perseorangan muda negara, Justin Hoh yang gagal membero tentangan sengit kepada pilihan utama Denmark, Anders Antonsen 17-21, 11-31.