SELEPAS dua kekalahan, Team Rey akhirnya mendapatkan kemenangan ke atas Team Flash dalam perlawanan yang sengit.

Team Rey bangkit daripada ketinggalan selepas tewas di pusingan pertama di mana memperlihatkan performa yang baik daripada Exp Laner Team Flash, Diablo.

Loleaz dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan ketika temubual selepas perlawanan, beliau berkata “Kami perlu yakin untuk menang perlawanan seterusnya menentang Bigetron Malaysia, kami ingin buktikan yang kami boleh,”

Di perlawanan seterusnya, Invictus Gaming (IG) berjaya mencatatkan kemenangan terhadap Team Vamos dalam tiga pusingan perlawanan.

Team Vamos berjaya mencuri satu mata pada pusingan kedua namun ia belum cukup bagi memastikan kemenangan buat mereka.

Mid Laner IG, Spencer dipilih sebagai pemain perlawanan dan beliau menyatakan bahawa pasukan beliau sudah menjangkakan kemenangan pada hari ini dan bersedia menentang mana mana pasukan.

Hari kedua Minggu kedua ditutup dengan satu lagi perlawanan sengit yang menampilkan RRQ Tora dan AC Esports (AC).

Kemenangan berjaya di dapatkan oleh RRQ Tora selepas bangkit daripada ketinggalan dan mengekalkan kemenangan berturut turut mereka pada musim ini dan Dyrenn dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Semasa temubual selepas perlawanan, jungler RRQ Tora mengatakan pada pusingan pertama mereka kurang yakin yang menyebabkan mereka memberikan mata kepada AC tetapi pada perlawanan seterusnya mereka sudah panas dan berjaya bangkit.

Minggu kedua MPL MY akan diakhiri pada hari Ahad yang akan menampilkan SRG menentang Team Flash dan Team Vamos menentang AC Esports.