PASUKAN Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan mereka apabila menewaskan Laos 4-0 dalam aksi kedua Piala Hyundai ASEAN 2026 malam tadi.

Beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pasukan kendalian Tan Cheng Hoe turun dengan misi mendapatkan tiga mata seterusnya selepas menewaskan Myanmar di Yangon tempoh hari.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan permainan yang seimbang daripada kedua-dua pasukan, dengan hanya satu gol berjaya dicatat menerusi Paulo Josue pada minit ke-45.

Separuh masa kedua memperlihatkan Harimau Malaya lebih banyak melakukan serangan terhadap pintu gol Laos.

Endrick dos Santos menjaringkan gol kedua buat Malaysia pada minit ke-57 sebelum Viengxay Sydavong menjaringkan gol sendiri sembilan minit kemudian.

Wan Kuzain Wan Kamal yang turun dalam penampilan kedua bersama pasukan kebangsaan menjaringkan gol pertama beliau untuk Harimau Malaya pada minit ke-84 hasil sepakan percuma.

Malaysia akan bertemu Thailand bagi aksi ketiga kumpulan B Piala Hyundai ASEAN 2026 pada 1 Ogos ini di Stadium Rajamangala, Bangkok.