Select Page

Ini senarai 7 penaja rakan strategik, rakan rasmi baharu KDA FC musim 2023

Ini senarai 7 penaja rakan strategik, rakan rasmi baharu KDA FC musim 2023

TUJUH penaja sah menjadi rakan strategik dan rakan rasmi baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi mengharungi perlawanan Liga Malaysia pada musim ini.

Pemilik Majoriti KDA FC Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, pihaknya berbesar hati dengan semua pihak yang terus cakna dengan usaha kelab untuk menjadi sebuah entiti korporat dan kelab bola sepak profesional melalui stuktur pemasaran lebih sistematik.

Menurutnya, KDA FC mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga baharu rakan strategik dan rakan rasmi musim 2023.

“Penaja tersebut adalah ESM Internationale Sdn Bhd. (Rakan Strategik), Syukor Dagang Sdn. Bhd. / Syukor Burger (Rakan Rasmi Perkhidmatan F&B), ATF Sport Sdn. Bhd. (Rakan Rasmi Taping Sukan), Optastar Protein Drink (OPI) (Rakan Rasmi Minuman Protein), AHK Mediarena Resources / Arena Hijaukuning (Rakan Rasmi Media), Peak Fitness dan BDWR Enterprise / Bendangwear (Rakan Rasmi Pakaian Kasual & Gaya Hidup),” katanya semasa sidang media di Alor Setar pada Ahad.

Syukor Burger rakan rasmi baharu KDA FC musim 2023.

ARTIKEL BERKAITAN : KDA FC ‘asah taji’ jumpa empat kelab besar di Antalya, Turkiye jelajah pramusim 2023

Sementara itu, KDA FC merancang untuk mengadakan siaran langsung streaming secara ‘pay per view’ dan akan ditawarkan kepada semua penyokong bola sepak untuk setiap perlawanan di Antalya, Turkiye.

“Sudah pasti perlawanan kali ini amat dinantikan memandangkan KDA FC merupakan antara pasukan yang menjalani jelajah pramusim di Eropah.

“KDA FC akan memaklumkan pakej langganan menarik dengan menawarkan pas akses untuk semua perlawanan dan juga pas akses untuk setiap perlawanan,” katanya akan melancarkan jersi dan lagu baharu kelab pada 18 Februari depan di Stadium Darul Aman.

Video Terkini

Loading...