PASUKAN Juventus dilaporkan telah ‘memulakan rundingan’ untuk menandatangani pemain Manchester City, Kalvin Phillips secara pinjaman.
Ia berlaku selepas laporan minggu ini berkaitan Newcastle yang juga ‘yakin untuk bersetuju dengan perjanjian pinjaman’ untuk pemain tengah England itu.
Skuad yang dikendalikan oleh Massimiliano Allegri ini dalam usaha untuk memperkukuhkan pilihan mereka di bahagian tengah padang dengan Paul Pogba menghadapi hukuman penangguhan selama empat tahun kerana didapati positif menggunakan bahan terlarang.
Sementara itu, Nicolo Fagioli juga dikenakan hukuman penangguhan selama tujuh bulan selepas bersetuju dengan pihak pendakwaan berkenaan pelanggaran peraturan pertaruhan.
Juve yang kini menduduki tempat kedua dalam Serie A, ‘sedang berbincang mengenai perjanjian pinjaman yang berpotensi bagi Phillips’ dan mendakwa bahawa ‘Phillips ingin meninggalkan Man City pada Januari’.
Sebelum ini melaporkan pada awal bulan ini bahawa pemain tengah itu berminat untuk menyertai Juventus dan juga terbuka untuk pengalaman baharu di liga utama Itali.
Pemain berusia 28 tahun itu telah menyertai City pada musim panas 2022 dalam perjanjian bernilai £45 juta (RM263.43 juta) dari Leeds dan telah membuat 31 penampilan untuk pasukan Pep Guardiola.
Walaupun dia sebelum ini mendakwa ingin kekal di kelab itu dan mendapat tempat di XI utama City, Phillips hanya memulakan dua perlawanan musim ini, bermain 90 minit semasa perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade dan pertembungan Piala EFL menentang Newcastle.
Bekas bintang Leeds yang bakal tamat kontrak pada 2028 itu hanya membuat empat penampilan musim ini di Liga Perdana Inggeris.