KETUA pasukan Arsenal, Martin Odegaard, dan isterinya, Helene Spilling, menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki pada 1 Disember 2024 yang lalu.
Kegembiraan pasangan itu dikongsikan menerusi Instagram milik mereka dengan Spilling menulis penuh kasih sayang, “01/12/2024, We love you so much, our little baby boy”.
Pasangan romantis ini pertama kali mengumumkan kehamilan mereka pada Ogos lalu dengan sebuah gambar hitam putih yang memukau di tepi pantai.

Kegembiraan kelahiran itu dikongsikan menerusi Instagram milik mereka
Mesej penuh emosi, “1+1 = 3. Can’t wait to meet you, our little baby,” menunjukkan keterujaan mereka menanti kehadiran kelahiran yang pertama itu.
Bayi mereka tiba sehari selepas Arsenal mencipta kemenangan gemilang 5-2 ke atas West Ham di Stadium London, melengkapkan hujung minggu sempurna buat Odegaard.
Ketua skuad The Gunners itu terus memimpin pasukannya dengan semangat luar biasa, sambil meraikan kebahagiaan peribadi yang mendalam.
Selain itu, Helene Spilling yang sering dilihat memberikan sokongan padu kepada Odegaard di stadium ketika aksi bersama Arsenal mahupun pasukan kebangsaan Norway, sekali lagi menjadi inspirasi buat peminat bola sepak.
Antara saat yang mencuri perhatian ialah ketika Spilling meraikan kemenangan besar Arsenal 5-0 ke atas Chelsea pada April, dengan Odegaard menyumbang dua bantuan gol.

Helene Spilling sering memberikan sokongan padu kepada Odegaard di stadium ketika aksi bersama Arsenal mahupun pasukan Norway
Odegaard dijadualkan turun beraksi dalam perlawanan menentang Fulham malam ini, dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebelum berdepan Monaco dalam saingan Liga Juara-Juara pada Khamis.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini atas kehadiran ahli keluarga baharu mereka.