FERNANDO Santos pasti tidak dapat membayangkan perdebatan besar yang dicetuskannya apabila menyimpan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan untuk perlawanan pusingan 16 Piala Dunia, menentang Switzerland.
Pengurus Portugal itu memutuskan untuk menggunakan penyerang Gonçalo Ramos di posisi Ronaldo tetapi sebagai penyerang tengah yang mantap, dan penyerang itu membalas kepercayaan itu dengan hatrik.

Goncalo Ramos… meledak hatrik ketika menentang Switzerland.
Ketika Portugal baru memulakan separuh masa pertama, pasukan bimbingan Santos sudah mendahului 4-1.
Jelas sekali, keputusan meninggalkan Ronaldo daripada permainan ini adalah suatu yang diperlukan pasukan.
Goncalo Ramos replaced Cristiano Ronaldo and now has more World Cup KO goals than him in his first ever World Cup start! 🔥 pic.twitter.com/H1hXFZcyew
— SPORTbible (@sportbible) December 6, 2022
Bermula dengan pertama Portugal pada minit ke-17, Ramos meledak lagi pada minit ke-51 dan membantu skuad itu mendahului 5-1 menerusi jaringannya pada minit ke-67, melengkapkan hatrik.

Ronaldo di bangku simpanan… menimbulkan ketidak puasahan hati peminat namun pengurus Fernando Santos membuktikan ‘game plan’ membuahkan hasil.
Tiga gol dari Ramos, manakala tiga lagi disumbangkan Pepe, Raphael Guerreiro dan Rafael Leao.
Keputusan Santos itu kontroversi, membuatkan peminat Portugal yang tetap setia kepada Cristiano Ronaldo mula melaungkan namanya dengan lebih setengah jam lagi.
Cristiano Ronaldo on the bench for a World Cup knockout game 🙄🤦♂️ pic.twitter.com/jE8vSC9bRU
— B/R Football (@brfootball) December 6, 2022
Peminat semua mahu melihat mengapa Fernando Santos tidak menggunakan Ronaldo sebagai pemain gantian, bintang itu juga sudah membuktikan bahawa memberikannya hanya beberapa minit pada separuh masa kedua dianggap sebagai tidak menghormatinya. Fernando Santos pastinya tidak akan berani melakukan perkara yang sama Erik ten Hag lakukan terhadap bintang terbesarnya. Betul ke?

Cristiano Ronaldo tetap dihormati sebagai kapten di kem Portugal.
Ketika perlawanan berbaki kurang dari 20 minit, Santos akhirnya memanggil Ronaldo untuk tiga pertukaran pada serentak. Cristiano hanya tersengih di tepi, Pepe segera menghampiri Ronaldo untuk menyerahkan lilitan kapten kepadanya.
Melihatkan hal itu, peminat menjadi liar apabila menyaksikan idola mereka melangkah ke padang.
Dia mempunyai masa yang cukup untuk menjaringkan gol, pastinya pemain Portugal yang lain akan melakukan yang terbaik untuk membolehkannya menjaringkan golnya.
WHAT A PHOTO! 😮
Cristiano Ronaldo might not be playing, but he is still the centre of everything 🇵🇹 pic.twitter.com/QkVLDjv5TG
— SPORTbible (@sportbible) December 6, 2022
Berbanding Ramos mendapat tepukan gemuruh untuk hatriknya, orang ramai lebih teruja untuk melihat kehadiran Ronaldo di atas padang.
Ronaldo la punca mengapa orang menyimpan wang untuk menonton perlawanan Piala Dunia di Qatar.
ARTIKEL BERKAITAN : Portugal belasah Switzerland 6-1, Ramos cipta hatrik
Sejurus selepas memasuki padang, Cristiano Ronaldo melakukan sepakan percuma yang dihantarnya ke kawasan pertahanan lawan.
Pemain lain segera mengelilinginya walaupun prestasinya lebih rendah berbanding ketika di puncak.
Jika Fernando Santos mengikut logik, pastinya dia mengekalkan Goncalo Ramos untuk perlawanan menentang Maghribi.