“Satu permulaan baru untuk Harimau Malaya! Peter Cklamovski, jurulatih baru pasukan kebangsaan Malaysia.

Demikian menurut hantaran terkini FIFA pada Selasa.

Ketibaan Cklamovski pastinya disambut dengan penuh harapan tinggi oleh peminat bola sepak tempatan yang gilakan bola sepak.

Beliau dijangka membawa perubahan besar dalam skuad Harimau Malaya, dengan matlamat untuk memperkukuhkan pasukan menjelang kelayakan Piala Asia 2027.

Semua mata kini tertumpu kepada keupayaan beliau untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam arena antarabangsa.

 

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Cklamovski sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya dengan pengendali dari Australia itu akan mengambil alih tugas Pau Marti Vicente bermula 1 Januari depan.

Manakala, Nafuzi Zain yang juga bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC pula bakal menggantikan tempat Juan Torres Garrido dalam skuad B-23.