PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyambung kontrak Kim Pan-gon bersama skuad kebangsaan sehingga 2025.

Magis pengendali asal Korea Selatan itu memuaskan hati para peminat termasuk semalam terbaharu memimpin Malaysia meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Republik Kyrgyz dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Perkembangan itu disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Ini cabaran (kelayakan) untuk buktikan yang dia ada sesuatu yang istimewa untuk terus memacu skuad kebangsaan. Kontraknya sampai 2025.

“Kita memilih Pan-gon kerana beliau seorang yang memiliki banyak pengetahuan selain seorang yang buat kerja,” kata Hamidin.

Pan-gon mencatat rekod kemenangan sebanyak 68 peratus hasil 17 kemenangan daripada 25 perlawanan yang dibimbingnya sejak bersama Malaysia pada 21 Januari awal tahun lepas.