KUALA Lumpur City FC mengesahkan kelab mereka sudah bebas dari sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas sudah melakukan pembayaran penuh kepada bekas pemain import dari Brazil, Herlison Caion.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard yang turut berkongsi surat pengesahan dari Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman bertarikh 3 April 2024.
“Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima pengesahan daripada Fifa menerusi emel mengenai penarikan balik perintah larangan pendaftaran pemain terhadap Kelab Bolasepak Kuala Lumpur.

Surat penarikan balik perintah larangan pendaftaran pemain dari FAM
“Sehubungan itu, FAM ingin mengesahkan bahawa kes-kes telah diselesaikan setelah pembayaran penuh diterimanya sepenuhnya oleh Responden.
“Oleh yang demikian, perintah larangan pendaftaran pemain tempatan dan antarabangsa terhadap Kelab Bolasepak Kuala Lumpur adalah ditarik balik serta merta,” menurut surat rasmi itu.
Tular di media sosial apabila enam kelab Malaysia dikenakan sekatan perpindahan oleh Fifa dan Kuala Lumpur City pantas menafikan tindakan ini dan kini bebas menandatangani mana-mana pemain tempatan dan luar negara.
ARTIKEL BERKAITAN : Enam kelab Liga Malaysia digantung tandatangan pemain baharu