LIONEL Messi mendedahkan sikap dan gelagat sebenar penyokong Paris Saint-Germain (PSG) yang gemar memperlekehkan pemain kelab sendiri.
Messi telah menamatkan kontraknya bersama PSG selepas dua musim menabur bakti dan memenangi Ligue 1 dan Piala Super Perancis dua kali.
Perjalanan Messi di PSG tidak selalunya lancar. Pada permulaan musim, Messi disambut seperti hero tetapi lama-kelamaan (tepatnya pada musim kedua Messi) La Pulga sering dicop sebagai banduan oleh peminat PSG sendiri.
Lebih daripada sekali atau dua kali, Messi telah diejek oleh penyokongnya sendiri di laman sendiri apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain. Tidak terhenti di situ, peminat ultras PSG mengadakan demonstrasi di hadapan stadium supaya kelab tersebut menjual Messi.
🗣️ "I know that's the way they behave…"
Lionel Messi comments on his relationship with the PSG fans as he prepares to leave the club on a free transfer ⚽😬 pic.twitter.com/iRuoUpsrND
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 26, 2023
Dalam temu bual bersama media antarabangsa, Lionel Messi tidak mahu membincangkan banyak perkara mengenai perkara ini. Messi sudah tahu kenapa peminat PSG jadi begitu.
“Perkara sebegitu pernah berlaku sebelum ini dengan Mbappe dan Neymar (disuruh oleh peminatnya sendiri). Saya tahu begitulah perangai mereka. Saya hanya mahu fokus kepada orang yang menghormati saya, kerana saya sentiasa menghormati semua orang sejak saya tiba di sana,” tegasnya.
Puncanya jelas, peminat PSG kecewa dengan Messi yang gagal membawa kelab itu bersaing lebih tinggi di peringkat Liga Juara-Juara. Lebih-lebih lagi, PSG hanya menamatkan saingan di peringkat 16 terakhir sepanjang dua musim Messi.
Walaupun ia bukan salah Messi semata-mata, nampaknya pemain Argentina itu dijadikan kambing hitam. Malah sehingga perlawanan terakhir musim lalu, Messi masih diejek oleh peminat PSG.