Select Page

MPFL 2023: Gerard Casas teruja ‘winning mentality’ pemain Pahang Rangers

MPFL 2023: Gerard Casas teruja ‘winning mentality’ pemain Pahang Rangers

 

PENGENDALI skuad futsal Pahang Rangers, Gerard Casas nyata gembira kerana dapat menghadiahkan kemenangan pertama kepada penyokong tuan rumah meskipun menurunkan skuad yang masih muda.

Dia juga nyata gembira dengan corak permainan anak-anak buahnya yang berjaya mengekalkan fokus sepanjang permainan ketika menewaskan Sabah 9-1 dalam aksi pembukaan Liga Premier Futsal Kebangsaan 2023 di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan.

Casas kini sedang mempersiapkan pasukannya untuk perlawanan kedua Kumpulan A menentang KPT-PST Mustangs di Stadium Panasonic Shah Alam pada Ahad mahu memberikan aksi terbaik untuk mencapai kejayaan.

Pengendali Pahang Rangers, Gerard Casas

“Ianya satu perasaan yang hebat untuk bermain di tempat sendiri di hadapan penyokong kami yang hebat. Kami berasa sangat gembira kerana berjaya memberikan kemenangan buat mereka.

“Sebagai satu pasukan, kami masih lagi di peringkat mengembangkan pasukan dengan skuad yang muda ini tetapi saya bangga kerana mereka dapat kekalkan fokus dan mempunyai ‘winning mentality‘ sepanjang 40 minit permainan dan ini adalah perkara paling penting yang perlu kami pelajari.

“Kita akan bermain di tempat lawan minggu hadapan dan kami perlu tampil dengan versi terbaik untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami,” katanya.

 

Pahang Rangers kini sedang mendahului carta Kumpulan A dengan tiga mata tetapi dibezakan jumlah jaringan dengan Pulau Pinang selepas tamat minggu pertama MPFL 2023.

 

Video Terkini

Loading...