KITA akan anggap perlawanan esok seperti pusingan pertama juga!

Demikian menurut Ong Yew Sin, mengulas mengenai kemaraan ke suku akhir, sekali gus mengulangi pencapaian sama pada 2022, 2023 dan 2024.

Yew Sin yang bergandingan dengan Teo Ee Yi mempamerkan aksi bertenaga ketika menerima kejutan daripada gandingan pecahan Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk di pusingan kedua pada Khamis.

“Pendekatan kami sama, kami tidak akan menganggapnya (perlawanan esok) sebagai aksi suku akhir atau mahu mara ke separuh akhir, akan anggap sebagai pusingan pertama,” kata Yew Sin.

Gandingan itu mengambil pendekatan bertenang di gelanggang, berhasil untuk memecah kekuatan lawan.

“Ya ia menjadi kerana kami dapat bermain secara bebas dan lebih fokus.

“Ketiadaan empat pilihan teratas tidak dinafikan membuka peluang untuk pemain lain, tetapi kami bukan pilihan kelima.

“Saya harap dapat bertemu sesama sendiri di suku akhir, kerana ia akan memastikan satu slot buat pemain Malaysia di separuh akhir.”

Terdahulu, Yew Sin-Ee Yi mengatasi Yong Jin-Min Hyuk 23-21, 16-21, 21-18, untuk menempah slot ke suku akhir.

Mereka menanti pemenang antara wakil negara, Nur Mohd Azryn Ayob-Tan Wee Kiong atau pilihan ketujuh dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.