PASANGAN beregu campuran meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yakin mereka mampu mengatasi pasangan senior, jika bertemu di pusingan kedua, Petronas Terbuka Malaysia 2025 yang akan memulakan saingannya Selasa ini.
Gandingan yang kini menghuni tangga ke-11 dunia ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan berganding kali pertama pada kejohanan bertaraf Super 1,000 Terbuka Malaysia.
“Saya rasa boleh dan kita akan menampilkan prestasi terbaik kami,” kata Su Yin, ketika diminta mengulas mengenai kemampuan mereka berdua untuk mengatasi pilihan ketiga kejohanan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Cheng Su Yin semakin matang dalam permainan dan lebih yakin bergandingan dengan Hoo Pang Ron.
Mengikut rekod pertemuan antarabangsa. Pang Ron-Su Yin tewas semua tiga perlawanan lalu dengan keputusan straight set.
“Setiap kali jumpa rakan senegara, tidak mudah kerana mereka tagu corak permainan kami dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Menurut Pang Ron, mereka tidak mahu memandang terlalu jauh sebaliknya melepasi satu persatu perlawanan.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei jauh lebih berpengalaman namun pertemuan sesama sendiri sentiasa dijangka sengit.
“Saya rasa kami perlu mengambil langkah demi selangkah, fight satu, satu.
“Setakat ini, prestadi kamo berdua baik dan buka. Saya seorang yang memimpin… jika saya tak bagus, Su Yin juga akan menegur dan menaikkan semangat saya,” ujar Pang Ron
Mengikut undian, Pang Ron-Su Yin akan membuka saingan pusingan pertama menentang wakil Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tzu sebelum dijangka bertemu Tang Jie-Ee Wei di pusingan kedua.
Pilihan ketiga kejohanan itu pula, dijadual berdepan satu pagi pasangan Taiwan, Eu Hsuan Yi-Yang Chu Yun.