GOL ini tadi hadiahkan untuk isteri yang mengandung”

Itu pengakuan secara terbuka penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid selepas mengesahkan isterinya, Syifa Melvin sedang berbadan dua dan kandungan memasuki enam bulan.

“Ya, isteri mengandung. Doakan kami semoga selamat semua. (Kandungan) dah masuk enam bulan,” katanya selepas aksi persahabatan Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

 

Mengulas mengenai jaringan tersebut, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu puas kerana kembali mencetak jaringan bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

“Pertama kali gembira sebab kali terakhir skor masa lawan Bangladesh (pusingan kelayakan Piala Asia 2023). Jadi saya bangga dengan pasukan yang bagi 100 peratus untuk permainan.

“Saya jalani latihan di JDT sejak satu bulan, bukan saya saja, semua pemain banyak buat latihan tambahan. Jadi benda tu dapat kekalkan saya punya prestasi,” katanya.

Safawi juga menepis spekulasi liar bahawa dirinya akan berhijrah ke kelab lain seperti digembar-gemburkan di media sosial

“Saya kekal di JDT,” ujarnya ringkas.