TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, di Ibu Pejabat Johor Darul Takzim (JDT) di Iskandar Puteri pada Khamis.

Pertemuan itu dikongsikan oleh Facebook Johor Southern Tiger dengan menyertakan bersama beberapa keping gambar.

Turut menghadap Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali.

Dalam sesi sama, Mohd Daud turut menghadiahkan beberapa buah buku kepada TMJ sebagai cenderamata dan tanda junjungan kasih atas segala perkongsian baginda.