PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bakal menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) dalam dalam tempoh terdekat selepas keputusan Mahkamah Tinggi India untuk menamatkan mandat ‘Committee of Administrators’ seperti yang diarahkan oleh FIFA.
FIFA will lift the ban imposed on India Football 🇮🇳 in the coming days following India Supreme Court's decision to terminate the mandate of Committee of Administrators as demanded by the FIFA.#AIFF #FIFA pic.twitter.com/bDXPADwSxY
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 26, 2022
Selepas hanya tiga minggu digantung, semua aktiviti dan kejohanan yang melibatkan pasukan kebangsaan India dan kelab-kelab pada kejohanan AFC dibenarkan untuk bertanding semula.
Dengan keputusan ini juga, India kekal bersaing dalam Piala Asia AFC 2023, Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 20 dan Bawah 17 Tahun manakala Kuala Lumpur City FC perlu bersaing dalam play-off antara zon Piala AFC menentang kelab Mohun Bagan minggu hadapan.