KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji barisan pemain yang telah membuktikan mereka memiliki kualiti tersendiri untuk menundukkan pasukan Laos.
Pan-gon menjangkakan Harimau Malaya mampu menjaringkan sekurang-kurangnya 8 atau 9 gol namun tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana menang dengan jumlah yang besar.
Selain itu, dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang skuad kebangsaan dalam menikmati kemenangan besar malam ini.
“Kita mampu skor lapan atau sembilan tetapi ia adalah bola sepak dan kita harus menerimanya.

“Saya menghargai pemain Harimau Malaya. Mereka sering berikan seratus peratus. Mereka memiliki passion dan membuktikan mereka pemain berkualiti.
“Harini hari yang baik. Saya berterima kasih kepada kesemua penyokong kerana memberi sokongan kepada Harimau Malaya dan sanggup hadir ke stadium,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Pan-gon mengakui agak sukar bersaing dengan barisan pertahanan Laos yang agak kompak semasa bertahan tetapi tetap memuji pemain kerana mengetahui betapa pentingnya perlawanan malam ini.
“Separuh masa pertama kita agak struggle, mereka bermain dengan kompak. Mereka mengetahui betapa pentingnya perlawanan malam ini.
“Pada saya, saya tahu kebolehan mereka. Saya mempunyai keyakinan. Mereka memiliki kualiti. Separuh masa , mereka tidak dapat explore diri mereka lagi.
“Saya selalu memberi dorongan kepada mereka. Kita tidak boleh melepaskan peluang yang terhidang,” katanya.