DUA penggempur Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo dan Sergio Aguero masing-masing mengakui gembira dengan jaringan yang dilakukan sekaligus membantu pasukan menewaskan Selangor FC dan layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Hidalgo yang menyempurnakan penalti pertama menyatakan kejayaan ini berpunca dari semangat mereka sebagai satu pasukan dan bermain tanpa tekanan untuk menyingkirkan Selangor di tempat lawan.

“Ianya satu usaha yang luar biasa dari setiap pemain dan kami lakukan tugasan dengan baik dan saya sangat-sangat gembira dengan kemenangan ini.

Hidalgo dan Aguero gembira bantu Sri Pahang layak ke suku akhir Piala Malaysia

“Cta-cita untuk pergi lebih jauh dalam pusingan kalah mati menjadi faktor kami bermain sangat baik selepas terikat pada perlawanan pertama. Kami berikan segalanya dan kami berhak untuk menang perlawanan ini.

“Saya tidak merasai sebarang tekanan dan memang hendak mengambil tendangan penalti itu dan mengambil tanggungjawab buat pasukan dan gembira bola itu masuk,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Perkara yang sama turut dinyatakan pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero yang menyempurnakan penalti kemenangan dan dia turut gembira kerana telah menggembirakan penyokong Sri Pahang yang hadir ke Stadium MBPJ.

Aguero kini bakal bawa cabaran negara di Piala AFF Mitsubishi Electric

“Saya sangat gembira dapat jaringkan penalti kemenangan kerana perlawanan ini sangat sukar tetapi kami berjaya lakukan tugasan dengan baik. Saya sedikit gementar ketika hendak mengambil sepakan penalti itu tetapi semuanya berjalan lancar dan kami layak ke peringkat seterusnya,” jelasnya.

Dua penalti yang diledak memastikan Sri Pahang menempah aksi suku akhir menentang Perak FC namun Aguero terpaksa diketepikan ekoran menyahut panggilan skuad Harimau Malaya ke Piala AFF Mitsubishi Electric.