JUARA remaja dunia 2024, Aaron Tai-Kang Khai Xing mencipta kejutan di Seluruh England, apabila merampas slot ke pusingan kedua, dengan menyingkir bekas pasangan nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, sebentar tadi.
Beraksi di Utilita Arena, Birmingham, pemain negara yang berada di ranking ke-33 dunia itu langsung tidak menunjukkan rasa gentar pada pertemuan pertama menentang gandingan nombor empat dunia, apabila mempamer permainan pantas dan agresif dengan intensiti tinggi.
Pasangan berusia 19 tahun itu menamatkan perlawanan dalam masa 42 minit, untuk menjadi beregu lelaki pertama negara ke pusingan kedua pada edisi kali ini.
Terdahulu, set kedua sengit berpanjutan ke mata dius sebelum Aarin-Khai Xing menang 23-21, sebelum menamatkan aksi 21-12 untuk mencapai kemenangan pertama ke atas lawan yang lebih berpengalaman.

Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty sering menghantui prestasi beregu senior negara.
“Saya rasa sangat gembira kerana dapat memenangi perlawanan ini memandangkan ini adalah All England pertama kami. Jadi, kami cuma menikmati setiap perlawanan,” kata Khai Xing kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sementara itu, Aaron pula enggan mengangkat diri menerusi kemenamgan itu dengan berkata: “Saya rasa kami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. Kami cuma bermain apa yang telah kami latih sebelum ini.”
Menanti mereka di pusingan kedua, sama ada gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi atau pemain Taiwan, He Zhi Wei-Huang Jui Hsuan yang belum beraksi.