PERANCANG tengah Perancis, Paul Pogba ( foto Getty Images) akan membuktikan kepada Manchester United bahawa mereka melakukan kesilapan dengan gagal membuat tawaran untuk dia kekal bersama The Red Devils.
Arkitek tengah berusia 29 tahun itu dikhabarkan menerima 300 ribu Euro seminggu untuk bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.
Bagaimanapun, satu dokumentari khas Amazon bertajuk ‘ The Pogumentary’, Pogba memberitahu kelab tersebut hanya mereka-reka cerita.
Pemain penuh kontroversi itu dijangka kembali bersama Juventus selepas dia meninggalkan Old Trafford apabila kontraknya tamat bulan ini.
“Fikiran saya untuk menunjukkan kepada kelab lain Manchester melakukan kesilapan dengan tidak melakukan tawaran kepada saya.
“Bagaimana anda menyatakan kepada pemain anda mahukan dia tetapi anda tidak menawarkan apa apa? Saya tak pernah lihat perkara sebegini,” katanya kepada BBC.
Pogba sebelum ini pernah menjulang empat gelaran Serie A bersama Juventus sebelum kembali ke pangkuan Manchester United pada 2016, serta membantu Perancis merangkul Piala Dunia Russia 2018.
Meskipun begitu, Pogba dilihat sering bertikam lidah dan tidak sealiran dengan pengendali Red Devils sebelum ini yang dikendalikan jurulatih kelahiran Portugal, Jose Mourinho.