PASUKAN Young Tigers memulakan kempen Piala Sultan Johor 2025 dengan langkah kiri apabila tewas 2-7 kepada Pakistan sebentar tadi.
Pasukan bimbingan Nor Saiful Zaini tidak mampu mengekang serangan Pakistan yang berjaya menembusi serangan Pakistan yang berjaya menembusi kubu pertahanan Malaysia dengan mudah.
Menurut Nor Saiful, Malaysia mempunyai masalah yang ketara apabila cuba bermain secara terbuka menentang pasukan lawan.

Barisan Kejurulatihan Young Tigers
“Ini merupakan perlawanan pertama saya semenjak mengambil alih pasukan bawah-21 tahun. Kami cuba bermain secara terbuka dengan pasukan lawan namun saya nampak kebanyakan pemain saya tidak mampu untuk bermain dengan cara begini.
“Kita kena berhadapan dengan dengan cara permainan yang sebegini untuk baki tiga perlawanan lagi. Kita tidak boleh bermain dengan cara permainan yang lama iaitu dengan duduk di tengah padang.

Pemain-pemain Malaysia meraikan jaringan gol pertama yang dihasilkan oleh Ammar Qusyairi.
“Saya akan bermain dengan cara permainan yang terbuka lagi esok dan mahu melihat dimana besarnya kelemahan kita dan perlu berkerja keras untuk Piala Dunia Hoki Remaja nanti.
Terdahulu, Pakistan memenangi perlawanan hasil jaringan hatrik oleh Sufyan Khan, dua gol oleh Nadeem Khan dan satu jaringan oleh Hannan Shahid dan Fayyaz Hamza.

Azimuddin Kamaruddin menjaringkan gol kedua buat Young Tigers pada minit ke-36 hasil pukulan sudut penalti.
Manakala dua gol Young Tigers dihasilkan oleh Ammar Qusyairi pada minit ke-20 dan Azimuddin Kamaruddin pada minit ke-36 hasil pukulan sudut penalti.
Malaysia akan turun bertemu Australia bagi perlawanan kedua Piala Sultan Johor pada esok hari jam 6.15 petang di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.