Pasangan beregu campuran Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie tetap meraih kemenangan walaupun bergelut dengan keracunan makanan yang dialami oleh Shevon Jemie sejak tengah malam semalam.
“Dia mengalami keracunan makanan sejak semalam dan mengalami simptom muntah, jadi hari ini kami hanya membuat persediaan dari segi mental,” kata Soon Huat.
Namun, pasangan ranking kesembilan itu terpaksa berkerja lebih keras untuk menewaskan gandingan Chinese Taipei Wu Guan Xu-Lee Chia Hsin 15-21, 21-19, 21-14 dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2026, di Axiata Arena.
“Perlawanan hari ini sengit kerana kondisi pasangan saya kurang baik, dan kami mengambil masa untuk mencari momentum sejak set pertama.”
“Kemenangan hari ini lebih bergantung kepada taktikal, persiapan mental serta komunikasi yang menjadi faktor paling penting, dan keupayaan kami untuk menyesuaikan diri dengan momentum sepanjang perlawanan,” kata Soon Huat.
Untuk rekod, ini merupakan perlawanan pertama antara mereka tetapi perlu berusaha lebih keras untuk mencatat kemenangan pertama mereka.