BEREGU profesional lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong melakar kejutan sensasi di pusingan kedua Terbuka Jepun, apabila menyingkir pasangan ranking keempat dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, untuk melangkah ke suku akhir.

Kejutan itu melengkapkan kemaraan empat beregu lelaki selepas pilihan utama, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menempah slot ke pusingan lapan terbaik.

Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terus mara selepas mengejutkan pilihan kedua, Aaron Chiq-Soh Wooi Yik di pusingan pertama.

Azriyn-Wee Kiong yang menduduki ranking ke-26 dunia, bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum dapat menewaskan gandingan Denmark 21-16, 15-21, 21-19 dalam tempoh satu jam dua minit.

Sementara itu, satu lagi gandingan profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meneruskan rentak cemerlang apabila gandingan yang menduduki ranking ke-30 dunia itu mengatasi pasangan Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith 19-21, 21-14, 21-19 dalam tempoh 55 minit.

Yew Sin-Ee Yi akan bertemu pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi suku akhir, esok.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tepati ramalan selaku pasangan nombor 1 dunia.

Wei Chong-Kai Wun juga dipaksa berhempas pulas dalam aksi 1 jam 6 minit, sebelum menumbangkan gandingan China, Huang Di-Liu Yan 21-19, 14-21, 22-20, untuk menempah pertemuan dengan jagoan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Pasangan nombor 1 dunia, Sze Fei-Nur Izzuddin pula berjaya mengelak pertarungan tiga set, setelah mengatasi cabaran pemain tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-19, 21-18.

Dalam pada itu, daripada tiga wakil beregu campuran, hanya dua melangkah ke suku akhir.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengekalkan terus bersinar.

Pasangan nombor 4 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, beraksi hampir sejam sebelum berjaya menewaskan pemain Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, 17-21, 21-16, 21-12, dan akan berdepan pemain tuan rumah, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara.

Pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai pula mudah mengatasi wakil Singapura, Terry Hee-Jin Yu Jia21-14, 21-17 untuk menempat pertemuan dengan gandingan nombor 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang mengatasi gandingan muda negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-9, 21-6.