PASUKAN Manchester United terus menampilkan dua persembahan berbeza musim ini — malap di England, menyala di Eropah.

Terbaru, skuad kendalian Ruben Amorim membenam Athletic Bilbao 3-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa di San Mames, sekali gus kekal sebagai satu-satunya pasukan tanpa kalah dalam kempen Liga Eropah (UEL) musim ini.

Ironinya, dalam masa sama, United juga berada di landasan untuk mencatat jumlah mata terburuk dalam sejarah penyertaan mereka di Liga Perdana Inggeris.

Amorim sendiri mengakui sukar untuk menjelaskan kontras ketara itu. “Ia memang sukar diterangkan. Kadang-kadang kami bermain baik tapi kalah, ada masa kami bermain buruk tapi menang. Dalam bola sepak, kadang anda perlukan sedikit tuah,” katanya dalam sidang media pasca perlawanan.

Tiga jaringan pada babak pertama memberikan Red Devils kelebihan besar menjelang aksi timbal balik di Old Trafford minggu depan, namun Amorim enggan terlalu selesa.

“Ya, kami berada di hadapan, tapi ia belum selesai. Tiada peraturan gol di tempat lawan sekarang, jadi semuanya masih boleh berubah. Kami kena kekal fokus,” tambahnya.

Rekod sejarah jelas memihak United — kesemua 133 pasukan yang pernah menang aksi pertama peringkat kalah mati Liga Europa dengan kelebihan tiga gol di tempat lawan, mara ke pusingan seterusnya.

Namun Amorim tetap tegas mengingatkan pemainnya agar tidak leka dan kekal bersedia, terutama selepas minit-minit awal yang dikatakan agak bergelut menentang Bilbao.

Selain memuji ketahanan pasukan yang kini bergelut dengan kecederaan pemain, Amorim turut menegaskan mereka akan kembali memberi tumpuan kepada saingan domestik hujung minggu ini menentang Brentford, sebelum memikirkan leg kedua.

Apa pun, peminat Manchester United di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri pasukan ini beraksi secara langsung — dengan satu perlawanan istimewa menentang ASEAN All-Stars bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei 2025.

Aksi ini dijangka menjadi pentas pertunjukan hebat, lebih-lebih lagi selepas prestasi konsisten Red Devils di Eropah.

Tiket: myticketempire.com/

United sedang menyala. Jangan lepaskan peluang tengok sendiri keajaiban mereka depan mata!