SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal mengetuai cabaran pasukan Royal Pahang Citaglobal bagi merebut kejuaraan berprestij, Piala Tengku Ampuan di Royal Pahang Classic 2025.

Baginda akan bergandingan dengan pemain berpengaruh seperti Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Dato Sri Razak Feroz Khan, Dato Shaiful Anuar, Deborah Bottreau, Khairul Azman dan Shamsul Shaiful.

Acara yang dianjurkan bersempena meraikan hari keputeraan baginda Sultan itu, turut dimeroahkan dengan kehadiran pasukan Pahang Rangers yang menampilkan Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd bersama Tan Sri Hamdan, Tengku Uzira, Dr Azfar Mustapha dan Billy Ooi.

Kemunculan pasukan Las Chicas yang dibarisi sepenuhnya pemain wanita turut menjanjikan kelainan dalam edisi kali ini.

Pasukan itu diperkuat dengan kehadiran Tengku Puteri Ilisha, Imaan Hamdan, Lim Siu Tin, Jennifer Too dan Isabelle Sayeed yang bakal mencabar dominasi dua pasukan lain.

Kejohanan ini cukup unik apabila melibatkan kerabat diraja, tokoh korporat serta pemain-pemain berbakat dalam suasana penuh prestij dan kompetitif.

Royal Pahang Classic akan berlangsung pada 25 Julai hingga 2 Ogos ini.