CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei menamatkan kemarau 19 tahun pingat beregu campuran setelah mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia 2025.
Pasangan negara itu memastikan sekurang-kurangnya pingat gangsa milik mereka selepas menewaskan gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto 21-15, 21-13 dalam tempoh 37 minit.
“Ia sangat bermakna kerana bukan laluan mudah, kami harap dapat terus berpijak di bumi nyata dan fokus untuk aksi seterusnya,” kata Ee Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin telah memberi aksi terbaik, ke suku akhir pada oenampilan pertama Kejohanan Dunia.
Kali pertama dan terakhir Malaysia meraih pingat beregu campuran di Kejohanan Dunia berlaku pada 2006 menerusi gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty.
Dalam pada itu, hasrat melihat satu lagi pasangan mara ke separuh akhir berkecai, apabila Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin ditunjuk jalan keluar oleh gandingan nombor 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China.
Gandingan muda negara itu tunduk 23-25, 15-21 dalam tempoh 41 minit.