TEAM Vamos akhirnya mendapatkan kemenangan pertama di dalam MPL MY musim ke 17.
Team Vamos memberi mimpi buruk kepada AC Esports (AC) selepas menewaskan mereka dengan skor bersih , 2-0.
AC menghadapi minggu yang buruk selepas tewas kedua kedua perlawanan minggu ini.
Gold laner, Natco dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan performa baiknya menggunakan hero ‘Karrie’
Di samping itu, Selangor Red Giants Esports (SRG) menunjukkan aksi dominasi terhadap Team Flash.
SRG menumpaskan lawan tanpa belas kasihan dengan skor, 2-0 dan Yums dipih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Gold laner SRG, Innocent menutup perlawanan dengan mendapatkan ‘maniac’ dengan penggunaan hero ‘Granger’.
SRG meneruskan persembahan terbaik mereka dan masih belum tertewas di musim ini.
MPL MY akan berlangsung kembali pada minggu hadapan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.