KETUA jurulatih Skuad Wanita Bawah 20 (B-20) yahun kebangsaan, Cameron Ng mengakui kecewa dan sukar untuk menerima hakikat apabila skuad kendaliannya tewas 1-0 kepada Kemboja selepas bolos pada saat akhir dalam aksi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20.
Dia juga menegaskan kini tugas berat menanti anak-anak buahnya dalam perlawanan kedua menentang Myanmar dan perlu mengharapkan kemenangan dengan dua jaringan.
Namun begitu dia masih berbangga dengan aksi keseluruhan yang ditunjukkan para pemain meskipun majoriti pemain dalam skuad ini mempunyai purata umur yang muda iaitu 17 tahun dan baru sahaja dibentuk.
Keputusan Masa Penuh
Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024 | Jumaat, 10 Mac 2023
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 0-1 🇰🇭 KEMBOJA
⚽️ Tun Kimhong 90'+4'#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #AFCU20W pic.twitter.com/NM8dRbo2oE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 10, 2023
“Maaf kerana kami tewas perlawanan ini. Para pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya berharap mereka dapat membanggakan diri mereka dan negara dengan menunjukkan aksi yang baik.
“Sudah pastinya kami kecewa dan ianya sukar untuk diterima kerana kalah pada saat akhir apabila bolos pada tambahan masa terutama apabila pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik tetapi itulah bola sepak.
“Untuk perlawanan menentang Myanmar nanti sudah pastinya kami perlu menang jika mahu layak ke pusingan kedua dan selain itu saya juga mahu melihat aksi yang baik secara keseluruhan terutama dengan pemain yang sangat muda,” katanya selepas perlawanan.
Malayan Tigress akan menentang Myanmar pada Ahad dan Cameron mahu mereka memberikan segala-galanya untuk memastikan misi mendapat tiga mata penuh dapat direalisasikan.