BIARPUN barisan pemain lama dan baru dibentuk dalamtempoh tidak sampai sebulan, skuad Kuala Lumpur (KL) Citymenjelmakan keserasian luar biasa  seakan mereka sudahlama beraksi bersama dalam satu pasukan ketika menewaskanImigresen FC 3-0 dalam aksi sulung Liga Super yang berlangsung di Stadium Batu Kawan Sabtu lalu.

Menurut pemain tengah menyerang KL City Safawi Rasid, keserasian pantas itu hadir hasil semangat sepasukan yang tinggi, tanpa wujudnya jurang status ‘pemain bintangwalaupun skuad Warga Kota musim ini dibarisi ramai tonggakimport dan tempatan berpengalaman.

“Di KL City, kami semua pemain berpengalaman tetapisekepala dan tiada jurang antara kami. Itu yang memudahkankami membentuk keserasian walaupun masa persiapansingkat,” kata Safawi, yang percaya semangat berpasukanbakal menjadi faktor kekuatan utama KL City musim ini.

Safawi yang dipinjamkan dari Johor Darul Takzim (JDT) musim ini akui kemenangan sulung KL City dalam aksipertama adalah permulaan positif buat pasukan itu untukmuncul sebagai antara pencabar utama musim ini.

Pemain kelahiran Dungun ini turut merakam gol kedua KL City berdepan Imigresen apabila menyemurnakan sepakansudut Manuel Hidalgo minit 56 yang juga membolehkannyamencatat gol sulung bersama pasukan baru dalam aksikompetitif pertamanya.

Jaringan itu akan menjadi pembakar semangat saya untukmemburu kejayaan bersama Kuala Lumpur musim ini. Ia juga penting buat kami memulakan aksi pertama dengankemenangan dan kini kita kena teruskan untuk aksi keduaberdepan Sabah pada Rabu.

Ia bukan mudah berdepan Sabah kerana mereka adalahbarisan yang mantap tetapi, kami akan beraksi di lamansendiri  dan saya yakin dengan kemampuan pasukan sayauntuk mencatat keputusan positif,” tambah Safawi yang menyambut jaringan berdepan Imigresen dengan meletakkanbola ke daalam jersinya sebagai simbolik buat isterinya, SyifaMelvin yang sedang mengandung anak kedua mereka yang memasuki empat bulan.

Selain Safawi, dua lagi gol KL City pada Sabtu dijaringkanmenerusi gol sendiri peertahanan lawan, Rizal Ghazali minit30 dan satu lagi gol adalah menerusi sepakan penalty yang mudah disempurnakan Hidalgo ketika perlawanan berbakitujuh minit.